Thursday, October 20, 2011

Blueberry Cheese Tart

hye korang~!!
salam Jumaat salam keberkatan ye..
kali ni nak update resepi Blueberry Cheese Tart yg aq ade wat last week sempena birthday aq.. huahua 
actually, bukan wat utk birthday, juz mengidam nak makan wat sendiri.. and reason paling2 utama aq blaja wat sendiri adalah kerana En Tunang suka makan ni dulu time aq beli kat bakery.. dia pon rase skali, dia ckp sedap, so, mesti la dia suka makan kan.. hehehe aq ape lgy, semangat nak blaja wat.. yela nak pikat hati dia kan.. hihihi tapi, dia belum ade kesempatan nk mai Johor rase cheese tart aq ni.. ape dia komen nanti aq wat utk dia xtaw la.. haha so, aq namakan sempena kami, Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart.. huahua
akhirnya aq berjaya.. ramai cakap sedap.. tapi, byk yg perlu diperbaiki.. hihi utk jadi lebih pro kan... 
resepi ni aq amik dari blog kak Su.. tq kak..
entry ni dimasukkan sbb ramai kwn2 kat FB nak mintak resepi.. so, aq update kat sini la ye.. 
.
.
ni la ghupanya Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart.. hehe
orite ni resepinya utk Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart (korang create la nama korg ye.. haha)

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170 degree sehingga masak. (lebih kurg 25-30 minit.. korg tgk la sampai kekuningan)

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5-10 minit pada suhu 170 degree. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
5. Simpan dlm peti sejuk, da sejuk, siap dihidang n nyum nyum nyum~!! hihi


Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

tekan dalam acuan tart
rupa crust/shell tart aq yg comot.. haha
crust ku.. 
isikan filling yg korg suka, ofkos aq guna blueberry.. haha
pastu, isikan cream cheese plak..
lorek la ikut kreativiti korg ye..
bakar n siap! hihi then sejukkan.. siap utk dimakan!!


SELAMAT MENCUBA~!

Monday, October 17, 2011

16 October

Assalamualaikum....
hye korang.. sehat? ermm lamanya aq x update blog... huhu apakan daya.. takde kesempatan nak mencoretkannya di sini.. segalanya ku coret di hati saje if takde kesempatan.. 
.
.
"rahsia di hati tak siapa yg tahu"
.
.
entry kali ni adalah berkenaan dgn tarikh nun kat atas 2.. 
.
Hehehe apakah? tarikh ape 2 babe? awat dgn tarikh 2?? hihi tarikh kawen ceq ka? ceq nak kawen da ka?? uupppss!! hehehe terlebih sudah!!
.
.
sebenarnya, tanggal 16 Oktober 1989 jam 8.30 pagi, aq selamat dilahirkan oleh insan yg tersayang yg bernama mak.. mak brtarung nyawa melahirkan aq tanpa ayah di sisi kerana ayah bekerja sebagai pemandu lori ketika itu.. ayah dalam perjalanan balik dari Ipoh.. tapi, anak ini tak sabar nak melihat dunia dan akhirnya aq selamat dilahirkan.. hehe.. terima kasih mak dan ayah.. kerana kamu sy wujud di dunia ini..
.
.
pagi semalam lebih kurang jam 8.30 pagi, genaplah usia ku yg kini mencecah 22 tahun.. arghh sudah tua rupanya saya! hehe genaplah 22 tahun aq brnafas di bumi milik Allah ini.. THANK YOU ALLAH.. ALHAMDULILLAH.. 
.
.
lalu, aq mendapatkan mak cepat2.. cari mak di dapur..

Saya: mak, hari ni hari jadi kita.. terima kasih mak sebab lahirkan kita.. jaga dan didik kita.. (sayu n sebak yg aq rasakan..)
Mak: (angguk dan senyum..)
lantas ku peluk cium mak..
.
.
syok2 wat blueberry cheese tart, ayah yg baru pulang dari surau ke dapur lalu melihat anak dara dia ni dok syok wat kuih.. khusyuk sgt aihh... hehe

Ayah: hai harini harijadi takde potong2 kek ke?
Me: (: senyum je sbb mmg takde beli pape kek pon..
Ayah: kita baca doa selamat jela..
lalu ayah baca doa kat situ jugak (dgn aq yg tgh wat tart,time tu jugak ayah baca doa..) aq n mak meng'amin'kan doa selamat yg dibacakan ayah..
sayu, sebak dan sedih tatkala doa dibacakan.. huhu hanya tuhan yg tahu perasaan aq ketika itu..
.
.
akhirnya tepat jam 10.24pm, my beloved fiance wish.. happy tak terhingga.. sebak!! sedih! penat2 dia travel ingat lagi nak wish.. walaupun lewat! huhu tapi saya sgt2 hargainya sayang! 

"Selamat hari lahir, moga murah rezeki n matang dlm setiap apa yg dilakukan.. if u don't mind, pls sent ur add.. Tq n tc"

owh tq sayang!! sayang awak ketat2!! maaf la selama ni saya kurang matang.. ermm semoga saya dpt perbaiki diri iini dan menjadi lebih matang.. dan menjadi insan yg baik2.. Amin, insyaAllah..
.
.
a BIG THANK YOU to all my family, mum n dad, my beloved fiance and all my friends for the wishes.. really2 appreciate it dear! ucapan kalian semua sgtlah sy hargai krn semua itu doa dari anda semua utk saya.. tiada apa yg sy harapkan utk ulangtahun kelahiran ini, hanya sebaris doa dr semua.. terima kasih..
.
.
semoga aq lebih matang menghadapi liku2 kehidupan, sabar dan tabah.. dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia.. semoga bahagia menjadi milik ku.. dan paling penting, semoga aq dapat menjadi insan yg solehah.. insyaAllah.. Amin
.
.
sekian, SOALNYA HATI-sukar dimengerti apa yg terjadi

Sunday, October 2, 2011

Encik Tunang: Course

incik Tunang sy ade course diz month... 

waaahhh exam exam exam je dia.. kesian dia.. HEHEHE

dia sibuk study skrg.. focus study okeh awak.. 

biarlah masalah2 yg datang 2 xpayah pikir sgt..

saya pon da letih nak pikir..

pikir pasal diorg nih, kta yg dapat sakit hati n bertengkar..

okeyh awak~!!

GOOD LUCK my beloved fiance... Do the best okay~! Love u!


Org Dengki, Kami dapat Bahagia

Disaat org sibuk mndengki dan xsuka pada hubungan kami.. Disaat itu Allah kurniakan kebahagiaan dan kegembiraan pada kami.. Alhamdulillah.. Bak kata En Tunang, Allah tu Maha Kaya... Kebahagiaan pon kembali menjadi milik kami kini.. Tapi, mungkinkah sementara atau utk selamanya?? Sukar dimengerti apa yg akan trjadi.. Hanya mampu berusaha mengekalkan kebahagiaan ini, berdoa padaNya dan berserah pada Tuhan..

Ku hanya harapkan kebahagiaan menjadi milik kami utk selamanya.. Tapi utk mngecapinya memerlukan segenggam ketabahan, selautan kesabaran dan doa padaNya..

Tiada yg mudah dlm kehidupan ini.. Segalanya memerlukan pengorbanan, kesabaran juga ketabahan kta utk mnghadapinya.. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kta.. Amin, insyaAllah..

Dalam percintaan, pertunangan juga perkahwinan, bahkan dalam kehidupan seharian kta, dugaan tu sentiasa ada.. Hadir utk menguji kta.. Ianya akan datang jua.. Allah mnghadirkan dugaan pada hambaNya utk mnguji kekuatan juga kesabaran umatNya.. Semoga kta semua tabah menghadapinya..




Ya Allah, Kau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah hati kami, berikanlah kami kekuatan juga kesabaran utk mnghadapi semua ini.. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami utk selamanya.. Kau panjangkanlah jodoh kami ya Allah.. Kau kekalkanlah jodoh kami dunia dan akhirat.. Amin..




Kepada: Encik Tunang
saya bahagia dgn awk.. semoga awak juga bahagia dgn saya.. sama-samalah kita berdoa agar Allah panjangkan dan kekalkan jodoh kita dunia dan akhirat.. tabah mnghadapi segala dan sebarang dugaan yg dtg menjelma.. juga kebahagiaan itu menjadi milik kita utk selamanya..


sekian, warkah dari hati..