Thursday, October 20, 2011

Blueberry Cheese Tart

hye korang~!!
salam Jumaat salam keberkatan ye..
kali ni nak update resepi Blueberry Cheese Tart yg aq ade wat last week sempena birthday aq.. huahua 
actually, bukan wat utk birthday, juz mengidam nak makan wat sendiri.. and reason paling2 utama aq blaja wat sendiri adalah kerana En Tunang suka makan ni dulu time aq beli kat bakery.. dia pon rase skali, dia ckp sedap, so, mesti la dia suka makan kan.. hehehe aq ape lgy, semangat nak blaja wat.. yela nak pikat hati dia kan.. hihihi tapi, dia belum ade kesempatan nk mai Johor rase cheese tart aq ni.. ape dia komen nanti aq wat utk dia xtaw la.. haha so, aq namakan sempena kami, Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart.. huahua
akhirnya aq berjaya.. ramai cakap sedap.. tapi, byk yg perlu diperbaiki.. hihi utk jadi lebih pro kan... 
resepi ni aq amik dari blog kak Su.. tq kak..
entry ni dimasukkan sbb ramai kwn2 kat FB nak mintak resepi.. so, aq update kat sini la ye.. 
.
.
ni la ghupanya Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart.. hehe
orite ni resepinya utk Cinta Kriema Blueberry Cheese Tart (korang create la nama korg ye.. haha)

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170 degree sehingga masak. (lebih kurg 25-30 minit.. korg tgk la sampai kekuningan)

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5-10 minit pada suhu 170 degree. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
5. Simpan dlm peti sejuk, da sejuk, siap dihidang n nyum nyum nyum~!! hihi


Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

tekan dalam acuan tart
rupa crust/shell tart aq yg comot.. haha
crust ku.. 
isikan filling yg korg suka, ofkos aq guna blueberry.. haha
pastu, isikan cream cheese plak..
lorek la ikut kreativiti korg ye..
bakar n siap! hihi then sejukkan.. siap utk dimakan!!


SELAMAT MENCUBA~!

4 comments:

  1. Filling blueberry tue ada jual kat mana...
    kalau nak buat malas aih....

    ReplyDelete
  2. kat kedai bahan kek ade la yunk.. Dun worry... Aq pon malas nk wat..

    ReplyDelete